Friday 3 December 2010

Strawberry Cheese Cake

Resepi Frozen Strawberry Cheese Cake

Macam-macam perkara baru yang kita boleh belajar daripada naqibah kita. Kita nampak naqibah kita tersenyum manis walaupun bermacam-macam ujian melanda, lantas kita berazam untuk menjadi orang yang paling redha dengan taqdir-Nya. Kita terlihat naqibah kita menutup telefon bimbit sebelum usrah berjalan, lalu kita faham kepentingan untuk fokus dan memberikan yang terbaik kepada sesuatu urusan. Kita sedar naqibah kita menggalas pelbagai amanah dan tanggungjawab di bahu tetapi masih sudi meluangkan masanya untuk kita, maka kita cuba untuk menyelami keberkatan waktu dan keikhlasan nawaitu.

Strawberry cheese cake ini antara resepi kegemaran saya sebab sangat mudah dibuat untuk orang-orang tersayang. Walaupun boleh siap dalam masa kurang 10 minit, hasilnya tetap sedap! Resepi ini juga antara perkara baru yang saya belajar daripada naqibah saya, best kan?

BAHAN-BAHAN
1 paket biskut
1 paket butter (lebih kurang 250 gm)
1 tin qishtoh (sebaiknya perasa original)
1 paket instant jelly (kalau ada halagel lagi mudah)
6 tingkat cheese tiga segi

BASE BISKUT
1. Hancurkan biskut. Tak kisah biskut apa-apa pun, cuma mungkin biskut digestive lebih terasa kelazatannya. Sesetengah orang mungkin suka menggunakan biskut coklat sebagai base.
2. Cairkan butter atas api. Gaulkan biskut dengan butter sehingga meresapi semua butir biskut tersebut. Butter bagi biskut ibarat simen bagi batu-bata, mencantumkan dan mengeratkan. Sambil buat, bolehlah berdoa semoga ikatan hati antara kita pun dieratkan oleh Allah.
3. Bila dah gaul rata, mampatkan biskut tersebut di dalam loyang atau bekas. Pastikan kelihatan licin dan tidak beralun.

LAPISAN CHEESE
1. Masukkan qishtoh dan cheese ke dalam blender. Blend sehingga sebati. Jika suka manis, masukkan gula secukup rasa.
2. Oleh kerana susah untuk memperolehi serbuk gelatin yang halal di Jordan, bolehlah digantikan dengan serbuk instant jelly. Kebanyakan serbuk instant jelly berperisa, pilihlah perisa yang anda sukai. Kalau instant jelly perisa strawberry, akan terhasillah strawberry cheese cake yang berwarna pink menarik. Larutkan serbuk instant jelly dengan kuantiti air seminimum mungkin. Kacau sehingga benar-benar larut. Masukkan ke dalam blender dan blend sehingga sebati dan cantik warnanya.
3. Tuangkan ke atas base biskut tadi dan ratakan.
4. Masukkan ke dalam peti sejuk. Biarkan selama beberapa jam, kemudian siap untuk dihidang.

TOPPING
1. Hiaslah dengan apa-apa topping yang anda ingini seperti buah-buahan, jem dan sebagainya. Kalau yang berduit, bolehlah beli tin topping strawberry atau blueberry yang ada dijual di mana-mana kedai berhampiran.

Malu sebenarnya nak berkongsi resepi ini sebab rasa sangat simple. Namun bak kata naqibah saya, carilah pahala sebanyak-banyaknya dengan menjadi peniaga niat. Maka saya niatkan semoga perkongsian resepi kali ini diredhai Allah dan menjadi bekalan amal soleh untuk orang-orang lain. Ameen!

p/s: ditulis khas utk akhawat tersayang, terutamanya pemudi-pemudi Kahfi.



3 comments:

  1. akak
    instatng jelly tu blend sekali dengan qishtoh n cheese ke?

    ReplyDelete
  2. aliyah! rindu~ yup, tapi blend sebati qishtoh dgn cheese dlu. kmudian br masukkn larutan instnt jelly tu. slmt m'cuba!

    ReplyDelete
  3. sedapnye even tngok resepi je..hehhe

    ReplyDelete