Saturday 26 February 2011

Kagum

Semalam Allah bagi nikmat, saya berpeluang teman seorang kakak menziarahi satu keluarga Arab. Kagum sangat menatap wajah seorang ibu, sarat mengandung 9 bulan lebih (dah lebih tempoh due okay!) masih cergas mengemas rumah, melayan kerenah lima orang anaknya yg tipikal Arab (ceria+hyperaktif) serta memuliakan tetamu yang datang menjengah lewat malam.

Jujurnya, ziarah kali ini membasahkan hati. Biasanya, saya akan bersuka-ria kalau ziarah rumah kawan-kawan Arab, dengan rumah mereka yang cantik dan selesa, makanan lazat yang dihidang tanpa henti, serta jenaka dan gosip yang bersilih ganti. Kali ini, perasaan saya tersentuh melihat rumahnya yang amat dhaif dan hanya ada satu bilik, tak sampai hati menjamah mansaf yang tetap dijamunya walau hanya sepinggan untuk dikongsi tiga, dan terkesima sebentar bila ibu tersebut memberitahu sebentar lagi baru dia akan ke hospital untuk buat pemeriksaan.

"Kenapa tak pergi waktu siang?"
"Tak ada masa-lah adik, sibuk sikit dengan kerja-kerja rumah."

Yang lebih mengagumkan, muka dia sangat manis dan tenang! Tak terpamer pun garis-garis keserabutan atau tanda-tanda kegelisahan. "Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" Hakikatnya, saya cemburu dengan ketenangan jiwa yang dimilikinya. Iman memang melahirkan keajaiban..

Kakak yang saya temani itu memang baik hati ^_^ Baju-baju anaknya yang masih elok dan cantik dihadiahkan kepada ibu tersebut.. Rasa bahagia pula apabila terlibat secara tak langsung dalam misi dia. Sekali lagi, rasa syukur yang teramat sangat bila Allah beri kesempatan untuk kita hidup dalam lingkungan orang-orang yang menghidupkan tarbiyyah.

[Tarbiyyah adalah uslub paling ideal dalam berinteraksi dengan fitrah manusia. Mendidik manusia secara langsung dengan kalimah-kalimah, dan secara tidak langsung dengan qudwah hasanah. Tarbiyyah perlu didasari manhaj dan wasilah yang khas, bagi mengubah manusia ke arah yang lebih baik.]

Kakak-kakak yang menghidupkan tarbiyyah memang akan sentiasa dicintai dan dirindui. Sifir mereka mudah, mereka menyentuh hati-hati kita dengan qudwah. Saidina Ali pernah berkata: Qudwah seorang itu lebih baik daripada percakapan seribu orang.

Adakalanya Allah memperi peringatan terhadap kita dengan sangat halus dan berseni. Terasa sungguh mendalam kasih sayang Dia terhadap hamba-hambaNya. Padahal hamba-hambaNya (yang lebih tepat=saya sendiri) selalu sengal tak tentu hala, ketawa terbahak-bahak tak ingat akhirat, malas dan lesu untuk melaju dan memperkemas langkah menuju-Nya.

Sunday 19 December 2010

Sofwah

Hassan Al-Banna pernah berucap dalam muktamar kelima, ayuh baca dengan hati ^_^ :

"Aku mahu berterus terang kepada kamu, kerana tidak ada manfaat buat kami melainkan dengan terus terang. Sesungguhnya medan percakapan berlainan dengan medan khayalan. Dan medan amal berlainan dengan kata-kata, dan medan jihad berlainan dengan medan amal. Medan jihad yang benar pula berlainan dengan medan jihad yang salah.

Kebanyakan manusia mudah untuk berkhayal, tetapi bukanlah semua khayalan itu mampu diterbitkan dengan kata-kata, dan daripada kebanyakan mereka yang berkata-kata, sedikit sahaja daripada mereka yang tetap tsabat atas landasan amal, kemudian kebanyakan mereka yang beramal pula (daripada yang sedikit tadi), hanya sedikit daripada mereka yang mampu memikul beban jihad yang perit dan amal yang keras. Mereka itulah para mujahidin, dan mereka itulah sofwah (manusia-manusia yang suci) yang sedikit sahaja penolongnya. Mereka itu pula, kadang-kadang boleh tersalah jalan dan tidak mencapai tujuan sekiranya tidak mendapat pertolongan Allah, dan sesungguhnya pada kisah Talut ada penerangan dengan apa yang aku cakapkan ini.

Maka sediakanlah dirimu, sediakanlah ia dengan tarbiyyah yang sahih, dan pemilihan yang ketat, dan ujilah ia dengan amal, amal yang kuat dan tidak disukai oleh nafsu, yang susah dan perit hadapinya, dan pisahkanlah dirimu daripada syahawat, kebiasaannya dan rutinnya"

Kalau Hassan Al-Banna masuk pertandingan debat, confirm2 jadi pendebat terbaik keseluruhan kan? Teringat lagi kisah bagaimana pada zaman muda Hassan Al-Banna, beliau hilang pada hari Jumaat. Keluarga beliau sangat risau dan semua orang bertungkus-lumus mencari beliau. Rupa-rupanya, beliau sedang berada di dalam masjid yang kosong, berlatih pengucapan awam di atas mimbar.

Teringat pula kisah Zaid bin Thabit.

Sabda Rasulullah SAW :

Maksudnya: “Dan telah Nabi s.a.w memerintahkan Zaid bin Thabit supaya mempelajari bahasa Suryani.” (Riwayat Iman Ahmad).

Arahan Nabi s.a.w untuk mempelajari bahasa Suryani dan Ibrani setelah mereka sampai di Madinah adalah untuk mengelakkan sebarang penipuan daripada kaum Yahudi. (macam familiar kan? Kes-kes penipuan dan gangguan di kalangan pelajar Melayu di Jordan pasti berkurang andai kita berjaya melenyapkan language barrier secara total). Setelah 12 hari berlalu, Zaid cemerlang menyambut seruan itu dengan berjaya menguasai bahasa Yahudi tersebut.

Sahabat-sahabat dan tokoh-tokoh Islam yang hebat memiliki pelbagai kemahiran dan bakat yang hebat. Bagaimana kita hendak mencari nilai-nilai tambah di Jordan? Iman-lah yang akan melahirkan keajaiban. Iman akan menguatkan semangat kita untuk terus istiqamah dengan semua wasilah tarbiyyah. Iman juga akan membuatkan kita tidak mampu untuk duduk diam, malah melonjakkan kita untuk sentiasa pro-aktif, menguasai pelbagai wasilah dakwah...

p/s: Tahniah kepada Faiz ~pendebat terbaik keseluruhan Pertandingan Debat 1Malaysia anjuran MSD dan Akademi Debat Mu'tah baru-baru ini. Tahniah juga kepada penganjur, semua pemenang dan peserta-peserta yang lain. Pengalaman yang manis bersama semua! Semoga muka-muka ini juga yang menceriakan dakwah di Malaysia nanti~

p/s2: Jutaan penghargaan kepada penganjur dan peserta-peserta COSMIC 2010. Semoga Allah meredhai usaha semua :)

Saturday 4 December 2010

The Plea

Kadang-kadang rasa malu sangat dengan Allah bila asyik bicara pasal perkara yang remeh temeh. Kesal dengan diri sendiri sebab semangat masih menurun saat mendengar bicara-bicara yang kurang manis. Langkah masih terhenti saat wujudnya tekanan emosi. Sedangkan orang yang berjiwa besar akan tetap terus melangkah kerana memikirkan ummah. Terbaru, Amerika Syarikat menawarkan 3.2 billion bantuan tambahan kepada Israel andai mereka sudi untuk melanjutkan proses perbincangan damai selama 90 hari dengan pihak Palestin. Hanya untuk 90 hari dan hanya sekadar perbincangan! Sungguh memualkan dan menyakitkan hati.



Tempohari, terjumpa dengan buku Karl Sabbagh bertajuk 'Palestine: A Personal History' di kedai buku Jamiah Urduniah. Sajak The Plea yang diselitkan dalam buku itu benar-benar meruntun hati saya.



To find me you must stop the noise:
silence the guns and the tanks,
the shouted orders
and the shouts of defiance,
screaming and weeping,
and listen.

My voice is very weak.
You must try to hear it.
You will have to come close
and pick away the tumbled stones
carefully, gently.

When you find me, lift me out,
help me to breath;
set my broken limbs
but don’t think it’s enough
to give me back a fragile exisence

I need food and water,
I need a home that will last,
health and hope and work to do.
I need love.

You must embrace me
and take me to your heart.
My name is Peace.

-Sue Sabbagh-


Menghayati kroniknya ummah kini, ayuh berlari dan terus berlari.


Dr Abdullah Azzam pernah menyebut kata-kata penawar, "
Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan di atas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktiviti dakwah. Apabila anda teguh di atas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian, nescaya kepedihan akan sirna, kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala."


Semoga kita beriman dengan firman Allah di dalam Surah Yunus ayat 96, “Kekuatan (kemuliaan) itu milik Allah sepenuhnya.” Andai kita mencari kekuatan, maka cukuplah Allah sebagai sandaran.