Sunday 19 December 2010

Sofwah

Hassan Al-Banna pernah berucap dalam muktamar kelima, ayuh baca dengan hati ^_^ :

"Aku mahu berterus terang kepada kamu, kerana tidak ada manfaat buat kami melainkan dengan terus terang. Sesungguhnya medan percakapan berlainan dengan medan khayalan. Dan medan amal berlainan dengan kata-kata, dan medan jihad berlainan dengan medan amal. Medan jihad yang benar pula berlainan dengan medan jihad yang salah.

Kebanyakan manusia mudah untuk berkhayal, tetapi bukanlah semua khayalan itu mampu diterbitkan dengan kata-kata, dan daripada kebanyakan mereka yang berkata-kata, sedikit sahaja daripada mereka yang tetap tsabat atas landasan amal, kemudian kebanyakan mereka yang beramal pula (daripada yang sedikit tadi), hanya sedikit daripada mereka yang mampu memikul beban jihad yang perit dan amal yang keras. Mereka itulah para mujahidin, dan mereka itulah sofwah (manusia-manusia yang suci) yang sedikit sahaja penolongnya. Mereka itu pula, kadang-kadang boleh tersalah jalan dan tidak mencapai tujuan sekiranya tidak mendapat pertolongan Allah, dan sesungguhnya pada kisah Talut ada penerangan dengan apa yang aku cakapkan ini.

Maka sediakanlah dirimu, sediakanlah ia dengan tarbiyyah yang sahih, dan pemilihan yang ketat, dan ujilah ia dengan amal, amal yang kuat dan tidak disukai oleh nafsu, yang susah dan perit hadapinya, dan pisahkanlah dirimu daripada syahawat, kebiasaannya dan rutinnya"

Kalau Hassan Al-Banna masuk pertandingan debat, confirm2 jadi pendebat terbaik keseluruhan kan? Teringat lagi kisah bagaimana pada zaman muda Hassan Al-Banna, beliau hilang pada hari Jumaat. Keluarga beliau sangat risau dan semua orang bertungkus-lumus mencari beliau. Rupa-rupanya, beliau sedang berada di dalam masjid yang kosong, berlatih pengucapan awam di atas mimbar.

Teringat pula kisah Zaid bin Thabit.

Sabda Rasulullah SAW :

Maksudnya: “Dan telah Nabi s.a.w memerintahkan Zaid bin Thabit supaya mempelajari bahasa Suryani.” (Riwayat Iman Ahmad).

Arahan Nabi s.a.w untuk mempelajari bahasa Suryani dan Ibrani setelah mereka sampai di Madinah adalah untuk mengelakkan sebarang penipuan daripada kaum Yahudi. (macam familiar kan? Kes-kes penipuan dan gangguan di kalangan pelajar Melayu di Jordan pasti berkurang andai kita berjaya melenyapkan language barrier secara total). Setelah 12 hari berlalu, Zaid cemerlang menyambut seruan itu dengan berjaya menguasai bahasa Yahudi tersebut.

Sahabat-sahabat dan tokoh-tokoh Islam yang hebat memiliki pelbagai kemahiran dan bakat yang hebat. Bagaimana kita hendak mencari nilai-nilai tambah di Jordan? Iman-lah yang akan melahirkan keajaiban. Iman akan menguatkan semangat kita untuk terus istiqamah dengan semua wasilah tarbiyyah. Iman juga akan membuatkan kita tidak mampu untuk duduk diam, malah melonjakkan kita untuk sentiasa pro-aktif, menguasai pelbagai wasilah dakwah...

p/s: Tahniah kepada Faiz ~pendebat terbaik keseluruhan Pertandingan Debat 1Malaysia anjuran MSD dan Akademi Debat Mu'tah baru-baru ini. Tahniah juga kepada penganjur, semua pemenang dan peserta-peserta yang lain. Pengalaman yang manis bersama semua! Semoga muka-muka ini juga yang menceriakan dakwah di Malaysia nanti~

p/s2: Jutaan penghargaan kepada penganjur dan peserta-peserta COSMIC 2010. Semoga Allah meredhai usaha semua :)

No comments:

Post a Comment